Friday, June 29, 2012

Dejavu Di Kinabalu


hye all ;) korang tgok tak Drama Dejavu Di Kinabalu?? hihi kalo tgok tu tau la cer ne beshh kan....^_^
                                                                                              
                                                               Ne haa synopsis.. bc la ;)


Dejavu Di Kinabalu menceritakan mengenai kekasih Ammar, Innara yang meninggal dunia dan menderma jantungnya kepada Nadira. Nadira yang juga pesakit jantung sangat bersyukur kerana dapat menjalani pemindahan jantung ketika nyawanya di hujung tanduk. 

Bazli, kekasih Nadira sangat mencintainya dan menjaganya dengan baik sepanjang dia sakit. Nadira berasa amat terhutang budi pada Bazli. Nadira adalah pereka hiasan dalaman, begitu juga Ammar. 

Takdir menemukan Ammar dengan Nadira secara tidak sengaja. Ammar mahupun Nadira tidak mengetahui bahawa jantung yang ada dalam diri Nadira adalah milik kekasih Ammar iaitu Innara. 

Takdir jugalah yang menemukan mereka kembali apabila ditugaskan untuk menyiapkan projek yang diusahakan syarikat Bazli. Ammar terus jatuh cinta dengan Nadira dan dia berasakan Innara ada dalam diri Nadira. 

Melihat Nadira seakan-akan melihat cinta hatinya yang sudah mati. Degup jantung Nadira pula semakin laju apabila terpandang Ammar. Mereka berdua saling tertarik dan cuba untuk menghindari perasaan itu. 


p/s :: Sekarang ne layan drama ne laa~~ ^_^ beshh lo0rhhh... song theme also nise!! ^^

Friday, June 22, 2012

.:: I Love u More than.... ::.


Love is seeing yourself through someone's eyes and finding yourself in 
somebody's heart. 

Once you have loved, you will always love. For what's in your mind may 
escape but what's in your heart will remain forever.

I LOVE YOU MORE THAN MY COMPUTER !! 

You installed the best in me. 

Your picture is always in my background. 

You clicked my heart gently. 

Your love reset my life and deleted all the sadness in me. 

You restored my kindness after I thought it was corrupted. 

I'm always connected to you with more than 56 heart beat persecond. 

You hacked my brain and registered your name in it. 

You are the only one that could navigate my feelings and explore my 
emotions at the same time. 

You are the only one that can log into my heart and never logout. 

You don't have to search for me, cause we are always linked to each others. 

I see your name everywhere, my FrontPage, my homepage and all my 
software. 

I scanned my life and found that I'm only infected by you. 

You are the virus I'd never remove, and why should I do?. 

You formatted my life and added happiness to view. 

Believe me it is true..........I love you more than my CPU .

Thursday, June 21, 2012

nombor?????

1 - Satu
Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan,
keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur.
Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang.
Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang
berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.


2 - Dua
Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol
pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula
jadi dan jodoh. Menurut Prof. Dr. Norhisham, bagi seseorang yang sukar
mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa
dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu.
Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih
elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan
hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati
untuk mendapat pasangan. "Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut.
Insha-Allah....tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh,"
tambahnya lagi. 



3 - Tiga
Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan
dan penindasan. Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang
yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu
pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh
menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah
melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus
asa, habislah. Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta
atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan
setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai
anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda. 



4 - Empat
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan
kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan
dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi.
Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya
imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang,
insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung
di bawah nombor ini. 



5 - Lima
Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana,
pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia
akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala
masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada
kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai
memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak
mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya. 



6 - Enam
Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana
syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan - gandaan
kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah
kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.
Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal
dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan
menembusi alam ghaib. Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai
pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti
nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana. 



7 - Tujuh
Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan,
memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan
penghalau hantu. Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi
7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan
baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di
dalam badan. Caranya mudah - palitkan nombor 7 dengan menggunakan
kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13,
14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit
bersalin daripada dimasuki iblis. 



8 -Lapan
Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar
berpuluh ribu ringgit untuk mendpatkannya - untuk plat kereta atau rumah.
Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi
sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya.... kerana mereka tidak tahu
8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor
ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan,
kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian.
Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya.
Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak
cukup oksigen orang akan mati. 



9 - Sembilan
NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia
juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai
perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun
mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan
dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang....walaupun
mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal
ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula
barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa
semula, jika tersalah simpan! 



10 atau 0
Sombol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat
diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada
pengakhiran - tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan
yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak
mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada
orang bernaung dibawahnya. Hanya
Pencipta memilikinya. Menurut Prof. Dr. Norhisham,
mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal
diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat
perhitungan dan insha-Allah... tidak wujud penyesalan. Kita tidak perlu
mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau
bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu
meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan
mendapat kekayaan. 


Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi
anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan
tarikh lahir anda. Misalnya 12-12-1969à 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4)
Jadi nombor peribadi anda adalah 4. Simbol kekuasaan sekitar umur 69.
Tun Dr. Mahathir lahir pada 20/12/1925 :2+0+1+2+2+5=12 (1+2=3).
Nombor 3 adalah Rahsia akal dan kebijaksaan. Beliau telah membawa
kekayaan kepada MALAYSIA yang sukar dikecapi oleh negara lain.
Yang paling ketara sekali, nombor 3 ini menjadikan beliau sentiasa muda.
Dato' Seri Abdullah Badawi lahir pada 26/11/39 :2+6+1+1+3+9=22(4).
Ini menunjukkan Pak Lah mempunyai imaginasi yg tinggi. Kedudukan
beliau begitu mantap dan sukar dipengaruhi oleh sesiapa pun yg melawan.

Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja.
Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri....

50 LAMBANG PENYELESAIAN YANG TIDAK TERHINGGA ! 

Rahsia bantal


Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-



HaHahaAHAHA jum tengokkk ;D

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
seni. Mereka
mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang
boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka
juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam
kehidupan seharian
mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
jarang membuat
keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh
menerima keadaan
seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
bergaul dgn
org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini
menyebabkan mereka
cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar
menempuh jalan pintas
untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat
tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan
membawa kepada
sifat ego.


6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!! ;D 

=== Meramal Perangai Melalui Kuku ===

Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawanbaik anda? Kenalilah wataknya... ...

1.Kuku yang baik, rapi dan indah :
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap
yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. orangyang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :
Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidakmembuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia jugak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaanragu-ragu.

4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalumenjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

6. Bentuk kuku lansing :
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa kesialan dan kurang berwibawa.

7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur,
sabar,pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh,mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat
kerasdengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, sukaberjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

10. Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki
kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjuruspada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidakselama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dankelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanakkeluarga boleh mati disebarang tempat.

13. Bentuk kuku seperti kikir :
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan
kemungkinan orangitu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

14. Kuku yang banyak titik-titiknya dibahagian bawah kelihatan hitam :
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.

Antara lobak, telur dan kopi...


Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak ?",
"Lobak, telur dan kopi", jawab si anak.

Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.

Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, ayah ?"

Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.

"Kamu termasuk golongan yang mana ? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya ayahnya.

"Apakah kamu adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau, apakah kamu adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, penceraian atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya anda menjadi anda menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku ?

Atau adakah kamu serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.

Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitarmu juga menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum."

so, apa yg korang pilih? ???....aku harap aku nak jadi seperti "kopi"... ;D

Kedekut & Biskut



Ada satu cerita..

Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya.Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki sebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang
terletak sebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

Alangkah tak malunya lelaki ni.. dah la tak mintak dari aku.. makan sama banyak dengan aku pulak. Pencuri!!!! rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari mememarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar!!
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduknya beliau membuka beg
kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka.
Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi..Ya.. biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.
Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang
terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggu keretapi/kapalterbang.. makan benda lain.

Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan

Moral 3: Lain kali makan biskut orang lain dulu, biskut anda.. simpan. 

tinjau warna


Erm… benarlah kata orang, warna memainkan peranan penting dalam menentukan mood seseorang. Warna kesukaan atau kegemaran seseorang sebenarnya melambangkan peribadi mereka. Apakah warna kegemaran pasangan anda? Cuba risik dan ketahui warna pasangan anda kerana anda boleh menyingkap peribadinya melalui warna tersebut. Ayuh, tinjau warna pilihan si dia…


Warna Putih 

Ha… putih itu suci… warna putih juga terbahagi kepada beberapa pecahan atau kategorinya, ada yang suka putih susu, putih salji, putih krim, putih kapas, putih awan dan sebagainya. Walau apapun warna putih kegemaran si dia, dia merupakan seorang yang berfikiran positif dan optimistik. Mereka juga berkebolehan dalam menyeimbangkan kehidupan seharian mereka, antara kerja dan peribadi. Sikap negatif yang dimiliki oleh si peminat warna putih ialah mereka gemar mengasingkan diri dari orang ramai. Hal ini kerana mereka berpendapat bercampur dengan orang ramai, akan menyebabkan mereka bosan dan rasa tidak selesa.

Warna Kuning 
Si peminat warna kuning merupakan seorang yang menarik dan penuh aspirasi. Mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan mereka boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Namun negatifnya, mereka amat mudah berputus asa, apabila sesuatu perkara itu tidak dapat diselesaikan. Jika hal ini merunsingkan, hidulah lemon kerana aroma dan warnanya akan melepaskan si peminat warna kuning dari tekanan kerja tersebut.

Warna Oren 
Jarang sekali kita dengar ada seseorang yang sukakan warna ini. Tetapi, pastinya ada segelintir dari pasangan kita yang sukakan warna ini. Penggemar warna oren merupakan seorang yang kreatif, sukakan persaingan, aktif dan praktikal dalam melakukan sesuatu. Si penggemar warna oren, merupakan seorang yang suka bersaing dengan sesiapa sahaja. Bagi mereka persaingan secara sihat ini boleh mencabar minda dan menambah pengalaman mereka. Adakalanya juga, mereka kurang memberikan perhatian kepada perkara yang tidak suka dilakukan atau diarah oleh orang lain.

Warna Merah 
Warna ini sering dikaitkan dengan sikap yang garang dan tegas, juga berani. Si peminat warna merah adalah individu yang bermotivasi dan mengamalkan gaya hidup yang aktif. Si merah juga digambarkan sebagai individu yang berkebolehan sebagai seorang pemimpin. Erm… memang benarlah si peminat warna ini seorang yang panas baran dan mudah naik angin. Jadi… jangan la anda sengaja nak buat mereka marah, anda sendiri yang akan dapat padahnya.

Warna Hijau 
Mereka yang meminati warna ini merupakan seorang yang berperikemanusiaan dan amat prihatin. Biasanya apabila mereka mempunyai masalah, mereka akan merujuk kepada alam sekeliling bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan mereka. Awas, mereka yang meminati warna hijau ini adakalanya tidak boleh dipercayai, biarpun mereka bersikap berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara.

Warna Ungu Mmm… warna ungu memang cantik. Jika pasangan anda meminati warna ini, mereka sebenarnya seorang yang agak sensitif dan berdaya aspirasi yang tinggi. Pengaruh warna ungu kepada si pemiliknya menggambarkan sikap yang kasar, tidak sabar, dan gemar memarahi orang lain. Itulah antara sifat yang tidak boleh dielakkan oleh mereka. Jadi, si penggemar ungu, belajar-belajar la supaya sentiasa relaks dan positif apabila berhadapan dengan kerja dan rakan-rakan yang lain. Jangan asyik nak marah jea… nanti orang pun tak suka dan pulaukan kita, ha macam mana?

Warna Coklat
Erm… mungkin tidak ramai yang sukakan warna ini… tapi mungkin ramai yang suka makan cokelat. Jika pasangan anda antara golongan yang meminati warna ini, tahniah kerana pasangan anda seorang yang jujur, tidak suka meninggi diri dan gemarkan gaya hidup yang amat sederhana, biarpun mereka boleh dikategorikan 'anak orang kaya'. Tapi status pada mereka tidak penting dan mereka amat menghargai sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka, termasuk anda. Tapi awas, mereka tidak suka berhadapan dengan kenyataan? La… kenapa jadi macam tu? Penggemar warna ini akan acapkali lari dari kenyataan, biarpun hanya perkara yang remeh.

Warna Biru Erm… mesti ramai yang sukakan laut atau awan kerana kedua-dua kejadian semulajadi alam ini, berwarna biru. Bila lihat laut dan awan yang membiru, pastinya kita akan merasa tenang. Jika pasangan anda meminati warna biru, mereka merupakan seorang yang bijak dan berperanan besar dalam menentukan hala tuju kehidupannya. Mereka juga dilabelkan sebagai tempat rujukan bagi sesiapa yang bermasalah. Si biru berkebolehan menjadi pemimpin kerana bijak mengatur strategi. Tetapi, adakalanya si biru akan bertindak melampaui batas untuk mencapai sesuatu yang diingini.

Warna Hitam Si pemilik warna hitam, merupakan seorang yang tegas, kuat, berdisiplin dan tidak suka dikongkong. Cubalah kongkong pasangan anda yang gemarkan warna ini, pastinya akan berlaku pemberontakan yang tidak disangka-sangka. Walau bagaimanapun, apa yang anda perlu tahu tentang si penggemar hitam ialah, mereka kurang berkeyakinan dan adakalanya memerlukan sokongan atau bantuan dari orang lain.

Warna-warna yang perlu dielakkan. 

Elakkan warna hijau jika anda berada dalam keadaan yang keliru dalam apa jua perkara. Ini kerana hijau boleh mempengaruhi fikiran anda sehingga anda sukar membuat pilihan atau keputusan. Sebaliknya pilihlah warna putih apabila anda berasa keliru. Tetapi jika anda berasa kurang bersemangat, elakkan warna putih, kerana putih akan menyebabkan anda lebih bosan dalam melakukan sesuatu perkara. 

semak rahsia bulan kelahiran ~ khusus utk wanita

Ne adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%. 



Rahsia Wanita Mengikut Bulan Kelahiran 

Januari 

- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja 

Febuari 

- boleh di percayai, pandai buat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja.

Mac 

- ringgan tulang, mudah membantu, tiada bakat dalam perniagaan kecuali bimbingan. mudah tergoda pada lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka sendirian. 

April 

-Tabiat panas baran, pertuturan keras dan kedekut 

Mei 

-Suka merendah diri,penyabar, suka meminta bantuan orang lain tiada bakat dalm perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki. 

Jun 

- banyak ilmu pengetahuan, ringgan tulang, hidup dalam kemewahan, perkahwinan tidak kekal. 

Julai 

-Banyak godaan hidup, banyak perolehi rezeki 

Ogos 

-bernikah lebih dari sekali,berbakti pada suami, rezekinya pada suami dan rajin berusaha. 

Setember 

-Murahhati, tabah dalam dugaan serta mempunyai ramai anak 

Oktober 

-murah rezeki, keras hati dan mudah simpati 

November 

-rajin, pandai berbicara, mudah menyeleweng 

Disember 

- rajin berusaha,, kers hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki 

Wednesday, June 20, 2012

Resepi Kek Coklat




Bahan-bahan
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula
1 cawan minyak masak (boleh ganti dengan buttercup)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tin susu cair
1 1/2 sudu kecil soda bikabonat              
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur
Hiasan Kek
1 bar coklat masakan
Coklat rice/atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek
Cara-cara masakan;
1) Sebelum kita bancuh bahan-bahan, didihkan air didalam alat kukusan.
2) Sementara tunggu air mendidih, kita mulai adunan dengan ambil 2 biji telur dan dipukul sehingga kembang.
2) Coklat, gandum, gula, serbuk penaik dan soda bikarbonat digaul sekali.
3) Susu cair dan minyak masak dicampur ke dalam telur yang telah dipukul sehingga kembang.
4) Campur adunan di dalam langkah 2 ke dalam langkah 3.
5) Kacau sehingga sebati.
7) Sediakan loyang kek yang sudah disapu dengan majerin dan masukkan adunan kek yang sudah sebati.
8 ) Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit. (tempoh masa kek siap masak bergantung kepada saiz loyang kek dan saiz api yang digunakan tapi sebaiknya pantau pada masa 30 minit)
9) Selepas masak, cairkan bar coklat dan sapu di atas dan sekeliling kek.
10) Letakkan hiasan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.
 :: untuk cek masak or x kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau xda apa yang melekat pada lidi bermakna kek tu sudah masak.

HAPPY BIRTHDAY NadiatuL and Fauzan..


 halo peeps! ari ne 20hb june bufday 2 org kwn aku ne.. aku hampir t'lupa tau.. hikhik. bila online kat fb td nmpk pulak la bufday dorg .... Apa lagi cepat2 aku ambik hp nd msg dorg..=D Neway, SELAMAT ULANG TAHUN YG KE 20 TAHUN eyan nd biby.. Syg kamu  selalu <3.... forever friends-

Dengan ucapan
Semoga dikurniakan umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati.


Haa kat bwh ne pic them. sweet kn ?:) 



Lama jugak x kuar jaln2 ng twin x seiras ne ;) 
Rindu la sangat...
mwah mwah mwah ! :* :*

                                                                         

btw,, kat bwh ne aku sertakan cket koleksi ucapan b'day aku tuk 2 org kwn aku ne..


This msg has No Fat
No cholesterol n No Addictive
this is all natural except, with a lot of sugar. But it can never be as sweet as the one reading it.Happy Birthday


Its a nice feeling when you know that someone likes you, someone thinks about you, someone needs you;but it feels much better when you know that someone never ever forgets your birthday.”HAPPY BIRTHDAY”.


                                                          Wishing u a day soft as silk…..
                                                                    white as milk…..
                                                    sweet as honey&full of money.
                                                            may all ur dreams come true….
                                                                HAPPY BIRTH DAY



Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan..Amin Ya Robbal Alamin.

p/s: semoga ulang tahun kelahiran anda lebih bermakna dengan doa yang diamalkan. Selamat menyambut hari jadi.. :)



This Blog is Protected. Copyright 2010 - 2012 © Design By Miss Noorapipah Aslee