Thursday, July 26, 2012

15 RAMADHAN : SERUAN DARI LANGIT

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. 
Dalam kitab Ad­Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah ada membahaskan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani ada menyatakan bahawa salah satu tanda kemunculan Imam Al Mahdi ialah datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua) iaitulah seruan syaitan dengan katanya, “Ke­tahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari ketuarga Isa.” (Lihat Ad­Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah)
Suara keras tersebut adalah suara malaikat dari langit yang bertujuan untuk memberi peringatan dan amaran kepada sekelian manusia tentang akan kemunculan Al Mahdi dan juga Dajjal Al Masih.
Disebut bahawa seruan malaikat dari langit tersebut berkata :
“Wahai (sekalian) manusia, sesungguhnya Allah telah membinasakan orang-orang yang zalim, orang-orang munafik dan sekutu-sekutu mereka. Allah telah mengangkat seorang yang terbaik dari umat Muhammad SAW sebagai pemimpin kamu semua. Oleh itu, sambutlah dia di Makkah. Dia adalah al-Mahdi yang bernama Ahmad bin Abdullah.”

Suara malaikat itu dapat didengar oleh semua orang dengan jelas, dapat difahami oleh setiap manusia, menurut bahasa masing-masing, sehingga yang sedang tidur akan terjaga, yang terlena akan turut mendengarnya. Suara itu terdengar seperti dekat dengan telinga mereka. Mereka saling bertanya kepada orang yang di sebelahnya sama ada turut mendengar apa yang dia dengar itu atau tidak. Yang tinggal di Malaysia akan bertanya kepada rakannya yang tinggal di negara jiran yang lain mengenai hal yang sama, begitu juga yang tinggal di negara-negara lain.

Semoga peringatan tersebut dapat memberi satu iktibar dan keyakinan yang mendalam kepada sekelian umat muhammad saw dan juga untuk diri saya bahawa kita sebenarnya sudah semakin hampir ke penghujung akhir zaman dan semakin hampir  kita untuk bertemu dengan Allah swt. Berbanyaklah membuat amalan yang soleh dan tinggalkanlah segala amalan terkeji, sesungguhnya janji Allah itu benar, Syurga dan Neraka Allah itu benar, Perhitungan dan Pembalasan itu sesuatu yang pasti.
WAllhualam.

#copy paste

p/s :: Semoga menjadi ptunjuk buat kita …

Wednesday, July 25, 2012

``Alhamdulillah 20 rakaat``


U ol  ada x solat tawareh td? ops silap tarawih i mean hihi.. I jz want to share msa aku trwh kat msjid td, ada la geng2 kanak2 ne yg x solat. diorang tau buat bisinggg ja... geram aku. rasa mcm nak bg penampar huahua (ketawa kejam) anyway,, okla jugak boleh senaman sekaligus kan :)

dats all,,tata;)

p/s :: Tarawih malam kelima, diberi pahala seperti orang yang bersembahyang di masjidil haram, masjid madinah, dan masjid Al-aqsa. wallahualam

Saturday, July 21, 2012

puasa VS sabar


ugh! memang menguji kesabaran aku ptg2 camne! dah lah puasa! kau pulak menyakitkan hati............
xpa2..............sabar hhhahahhaha!

lepas geram ckitt, ok dats all ch0w bye

Monday, July 16, 2012

Dongeng sebelum tidur :D

Masih ingat x masa u all masih kecik....?? suka bc fairytale kn ;p

okay jom bc kisah Semut dan Merpati.

Pada suatu hari, seekor semut sedang b'jalan2 mencari makanan di sekitar sungai. Seperti biasa dia b'jalan dgn perasaan yang riang namun dia kurang b'hati2 lalu jatuh ke dlm sungai. Seekor burung merpati yang kebetulan berada di ranting pokok melihat semut tersebut yang hampir tenggelam dan dia merasa kasihan..

Burung merpati itu juga b'gegas memetik daun dan kemudian melepaskannya ke sungai. Semut itu pun pergi ke arah daun tersebut dan dia berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan daun itu.

Tidak lama kemudian, Sang Semut...........???

##haha  u all pikey la sndri;p
## tdo dulu,,bye u

menu tym b'buka p0sa td..nyam2;)

Alhamdulillah puasa ganti just 1 day left...;) btw U all want to knoe I mkn ap td?? haa scroll bwh cket



Mee Basah Ayam ;) 


Ikan Bakar........... ;) pedasss nd sedap..nyamm2



0range juice ;)

delicious!! ^o^.......ngee~ x abesh lg taw! ad lagi..... jum tgk 


Wafer coklat ;)

nd da last one! grapes! -_~)


dats all.. alhamdulillh kenyang hihihi;p esk puasa lg lorhhh........

Sekian. . .



~Mission-> ganti puasa~

 
 

I dah ganti posa 5x on last week... baki 2hr gik... now I am fasting nd tomorrow insyaalah ;) U all pulak mcmn?? ;p ganti la cpt takut nnt x sempat ;p




anyway,,, Selamat Datang Bulan Perjuangan. ^_^
''Marhaban Ya Ramadhan"

P/s : x sabar rasanya nak berterawih, berpuasa, dn berada dalam bulan ramadhan :)

Sekian. . .
               

Thursday, July 12, 2012

for those that love blue color!


suka x blue color?? I love it very much. ;) b4 dis background blog aku kaler pink! aku pun x tau np padahal aku suka blue kaler! hihi nd now I oredi changes the pink template clor to blue ;) suka x? suka x ? ngee~ thats all bubbye -_~)

Friday, July 06, 2012

mcm x p'caya yg aku boleh buat DOODLE!!!

 Selamat petang semua :))

I juz want 2 share ngan korang semua, aku baru siap buat doodle lorhh ngee -_~)
x caya ?? meh tgk bwh



W'pun x terror buat doodle, at least aku siapkan juga..
. . . kau ada ?? ;p

I dr0w it by using Excel only :D
c0z I dnt hv photoshop s.ware.... ngee~~

Ok lar dats all ...bye ;)

p/s :: bila aku oredi expert bt doodle nnt aku buat banyak2 hihihi^o^


                           

Wednesday, July 04, 2012

ღღKisah Pendayung Sampan Dengan Profesorღღ


"Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. 

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang. 

Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan." 

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah 
pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. 

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. 

"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dengan ringkas. 

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. 

"Ya". 

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. 

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. 


"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. 
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. 

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai. 

P/s :Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi..so be humble in everything we do. ^-^

\\ Muafakat Membawa Berkat //

Pada suatu hari, arnab terjumpa sebuah karung guni. Di dalam karung itu terdapat sayur-sayuran. Arnab ingin makan sayur-sayuran itu. Kemudian datang kambing. Kambing juga mahu makan sayur-sayuran itu. Tetapi arnab tidak mahu berkongsi dengan kambing. Arnab mendapat suatu akal.
Arnab mengajak kambing bertanding. Pertandingan itu ialah menumbangkan tiang pagar. Kambing bersetuju. Kambing berlari kencang. Kambing terus menanduk tiang itu. 

Prak! Tanduk kambing patah. "Aduh!" kambing menjerit kesakitan. 
Tibalah pula giliran arnab. 

Arnab menggali tanah. Tiang itu tumbang menimpa kaki arnab. 

Prak! Kaki arnab patah. "Aduh!" arnab menjerit kesakitan. 

Arnab berasa menyesal kerana enggan berkongsi makanan dengan kambing. Kedua menyesal dan saling memohon maaf. Selepas itu, Arnab dan kambing pergi ke tempat karung guni itu semula. Tetapi karung guni itu sudah tiada kerana diambil oleh tuannya. 

p/s ; Sikap tamak selalu rugi. Sebaliknya, jika bermuafakat tentulah membawa berkat. ^_^

Sang Katak ~

Pada suatu hari, anak katak puru pergi bersiar-siar di tepi sawah. 
Anak katak terjumpa seekor lembu. Anak katak belum pernah melihat lembu. Anak katak berasa sangat takut. 

"Wah, besar sungguh haiwan ini!" kata anak katak puru di dalam hatinya. 

Anak katak puru terus melarikan diri. Anak katak puru segera pulang. 
Anak katak puru memberitahu ibunya, 

"Ibu, tadi saya terjumpa seekor haiwan yang sangat besar!" 

Namun, ibunya berkata dengan perasaan sombong, "Dalam dunia ini, ibulah haiwan yang paling besar." 

"Tetapi haiwan itu lebih besar daripada ibu," kata anak katak puru itu. 

Ibunya segera menggembungkan badannya. 

"Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya. 

"Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi," jawab anak katak puru. 

Ibunya mengembungkan lagi badannya. 

"Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi. 

"Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi," ujar anak katak puru. 

Ibunya terus menggembungkan lagi badannya. 
"Adakah haiwan itu sebesar ini?" ibunya bertanya lagi. 

Anak katak puru menjawab, "Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi." 

"Sekarang tengok! Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi. 
Ibu katak puru itu pun cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih besar lagi. 

Pop! 

Anak katak puru terkejut mendengar bunyi letupan itu. 

Ibu katak puru itu mati kerana cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih besar. Akhirnya, badannya pecah. 
Itulah akibatnya kerana sombong dan ingin membangga-banggakan diri. 


p/s :
Jangan sekali-kali bersikap sombong dan ingin membangga-banggakan diri.^_^

ღღ Sang Bangau Menipu Ikan ღღ


Di tepi hutan terdapat sebuah kolam. Airnya sudah hampir kering. Semua ikan berasa susah hati. 

Pada suatu hari, datang seekor burung bangau. Bangau berpura-pura mahu menolong ikan. 

"Kamu semua boleh berpindah ke kolam lain. Kolam itu tidak kering," kata bangau. 

Semua ikan bersetuju. Mereka sangat gembira. 

Bangau menolong ikan berpindah dari situ. Seekor demi seekor ikan itu dibawanya pergi. Tetapi semua ikan itu dimakannya. 

Kemudian tibalah giliran ketam untuk berpindah. Ketam itu dibawa pergi oleh bangau. 

Terkejutlah ketam apabila melihat tulang ikan. Ketam tahu bangau itu penipu. 

Bangau mahu makan ketam pula. Tetapi ketam segera menyepit leher bangau. Matilah bangau itu. 

p/s : Setiap perbuatan jahat pasti akan menerima balasan buruk daripada Allah

Tuesday, July 03, 2012

Tips Penjagaan Kucing


Menjaga Bulu Kucing Parsi


Kucing Parsi tergolong di dalam kategori long-haired, dimana ia mempunyaidouble coat yang membentuk lapisan bulunya. Lapisan pertama adalah pendek, tebal dan padat manakala lapisan kedua pula lebih panjang, jarang dan lembut. Jika anda memelihara kucing Parsi, maka anda perlu menyikatnya setiap hari.

Ini kerana bulunya amat mudah berselirat, tergumpal dan memerangkap kotoran. Sepertimana kucing long-haired yang lain, kucing Parsi mudah membentuk mats yang terjadi akibat gumpalan bulu yang sudah gugur tetapi terperangkap di antara bulu yang sedang tumbuh. Gumpalan ini akan semakin membesar kerana ia menarik bulu-bulu lain dan ini akan menyebabkan kesakitan pada kulit kucing jika ditarik.

Gumpalan ini biasa terjadi pada kawasan yang sukar dicapai oleh kucing. Percayalah, kucing Parsi anda tidak akan mampu menjaga keseluruhan bulunya dan anda perlu membantu kucing anda dalam hal ini. Menyikat bulu kucing pada setiap hari dapat mencegah anda dari masalah yang lebih memakan masa dan menyakitkan pada masa akan datang.

Antara kawasan yang biasa terjadinya gumpalan dan simpulan adalah ketiak, abdomen, belakang telinga, ekor, bahagian bawah ekor dan bahagian belakang kaki belakangnya. Walaupun ianya nampak remeh tetapi ingatlah bahawa gumpalan bulu ini biasanya terjadi hampir pada permukaan kulit. Bukan sahaja bulunya yang terperangkap di situ malah segala kekotoran dan kelembapan yang menyebabkan kulit mengalami ruam dan kepedihan. Untuk kes yang serius, anda mungkin perlu membawanya ke vet untuk dicukur keseluruhan bulunya.

Menyikat juga dapat mengurangkan bebola rambut atau hairball yang terkumpul di dalam perut. Bebola rambut ini merupakan bulu gugur yang terperangkap di dalam perut kucing semasa ia mengandam atau menjilat bulu-bulunya.

Sikat yang terbaik adalah dari jenis metal comb dengan giginya yang panjang, sesuai dengan bulu panjang yang dimiliki oleh kucing Parsi. Sesetengah kucing tidak menyukai sesi menyikat ini namun ia masih boleh diajar. Jika terlalu sukar dan kucing anda sentiasa melarikan diri, berikan makanan sebagai hadiah setelah selesai sesi menyikat. Sesi menyikat ini lebih mudah diajar pada anak kucing berbanding kucing dewasa. Jika semuanya berjalan lancar, kucing anda pasti akan mengiau keseronokan dan mula berbaring setiap kali melihat anda mengeluarkan sikatnya.

Memandikan Kucing Parsi


Kucing Parsi juga perlu dimandikan tetapi tidak perlulah sehingga tiap-tiap hari. Bergantung kepada keadaan, sekadar 3-4 hari sekali atau seminggu sekali pun sudah cukup. Ini adalah untuk menjaga kebersihan bulunya agar kekal sihat, bersih dan lembut terutamanya jika kucing anda berbulu putih.

Kebersihan Muka dan Telinga


Mata dan hidung kucing Parsi cenderung untuk menghasilkan sisa lebih dari kadar biasa berbanding kucing lain. Ini adalah kerana bentuk fizikal bahagian kepala kucing Parsi itu sendiri. Anda perlu mengawasi dan membersihkannya dengan menggunakan kapas atau kain lembab.
Periksa juga bahagian dalam telinga jika ada lapisan yang berminyak. Lapisan berminyak itu adalah untuk memerangkap kotoran dan jika dibiarkan, kotoran dan habuk itu akan menjadi keras dan merimaskan kucing itu sendiri. Bersihkan telinganya dengan menggunakan putik kapas lembab.

Monday, July 02, 2012

Melly Goeslaw feat. Andhika Pratama ((Butterfly Lyrics))


Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That previous messed up false me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

Repeat reff

p/s :: fall in love wit dis s0ng ^^ 

This Blog is Protected. Copyright 2010 - 2012 © Design By Miss Noorapipah Aslee