Thursday, June 21, 2012

nombor?????

1 - Satu
Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan,
keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur.
Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang.
Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang
berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.


2 - Dua
Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol
pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula
jadi dan jodoh. Menurut Prof. Dr. Norhisham, bagi seseorang yang sukar
mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa
dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu.
Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih
elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan
hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati
untuk mendapat pasangan. "Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut.
Insha-Allah....tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh,"
tambahnya lagi. 



3 - Tiga
Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan
dan penindasan. Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang
yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu
pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh
menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah
melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus
asa, habislah. Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta
atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan
setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai
anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda. 



4 - Empat
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan
kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan
dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi.
Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya
imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang,
insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung
di bawah nombor ini. 



5 - Lima
Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana,
pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia
akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala
masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada
kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai
memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak
mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya. 



6 - Enam
Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana
syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan - gandaan
kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah
kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.
Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal
dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan
menembusi alam ghaib. Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai
pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti
nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana. 



7 - Tujuh
Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan,
memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan
penghalau hantu. Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi
7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan
baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di
dalam badan. Caranya mudah - palitkan nombor 7 dengan menggunakan
kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13,
14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit
bersalin daripada dimasuki iblis. 



8 -Lapan
Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar
berpuluh ribu ringgit untuk mendpatkannya - untuk plat kereta atau rumah.
Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi
sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya.... kerana mereka tidak tahu
8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor
ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan,
kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian.
Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya.
Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak
cukup oksigen orang akan mati. 



9 - Sembilan
NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia
juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai
perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun
mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan
dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang....walaupun
mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal
ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula
barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa
semula, jika tersalah simpan! 



10 atau 0
Sombol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat
diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada
pengakhiran - tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan
yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak
mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada
orang bernaung dibawahnya. Hanya
Pencipta memilikinya. Menurut Prof. Dr. Norhisham,
mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal
diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat
perhitungan dan insha-Allah... tidak wujud penyesalan. Kita tidak perlu
mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau
bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu
meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan
mendapat kekayaan. 


Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi
anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan
tarikh lahir anda. Misalnya 12-12-1969à 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4)
Jadi nombor peribadi anda adalah 4. Simbol kekuasaan sekitar umur 69.
Tun Dr. Mahathir lahir pada 20/12/1925 :2+0+1+2+2+5=12 (1+2=3).
Nombor 3 adalah Rahsia akal dan kebijaksaan. Beliau telah membawa
kekayaan kepada MALAYSIA yang sukar dikecapi oleh negara lain.
Yang paling ketara sekali, nombor 3 ini menjadikan beliau sentiasa muda.
Dato' Seri Abdullah Badawi lahir pada 26/11/39 :2+6+1+1+3+9=22(4).
Ini menunjukkan Pak Lah mempunyai imaginasi yg tinggi. Kedudukan
beliau begitu mantap dan sukar dipengaruhi oleh sesiapa pun yg melawan.

Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja.
Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri....

50 LAMBANG PENYELESAIAN YANG TIDAK TERHINGGA ! 

1 comment:

Yu. Syamz said... Reply To This Comment

kiki..sy no 3..boleh caya ke?
huhuhu

This Blog is Protected. Copyright 2010 - 2012 © Design By Miss Noorapipah Aslee